大国男児




FB TW TB +
profile links entry stuff extra credit

-No Ads & only blog id .
-Exchange links open now.
Fan fiction?
Tuesday, 20 November 2012 | 0 comments

Anneong:D Aku nak citer tentang fanfics aku. Okey, fanfics pertama pasal keluarga. Shin, adik Sandara ada penyakit yang amat berbahaya, kemungkinan tak boleh diubati. Memang pun. Presiden Park, ibu Sandara dan Shin benci yang amat kepada Shin. Aku pun tak tahu nak buat macam mana nak buat Presiden Park benci sgt-sgt dkt Shin *gelak* Mujurlah lepas tu aku baca komik 'Si Kembar Furou' . Jadi , aku dapat ilham lah sedikit demi sedikit daripada komik tu:D Aku buat Presiden Park lahirkan Shin dekat dunia ni adalah sebuah kesilapan yang amat besar bagi keturunan mereka sebab penyakit yang Shin dapat tu daripada moyang mereka. 

Penyakit tu siapa yang dapat akan disumpah yang seluruh ahli keluarga nya buat donno je dekat pesakit tu . Sampai sekarang aku still pikir... Ahhh! Apa penyakit, ehh? Ada ke penyakit macam tu? Itulah sebabnya aku tak cakap apa penyakit Shin.


Ohh hahaha, aku tak tahu nak letak siapa watak  Shin TT TT . Dah puas aku cari, tapi disebabkan aku anti semua girlgroup, aku tak tahu sangat tentang girlgroup  :( Aku search gambar IU lepas tu aku tanya diri sendiri . Ahhh, betul ke aku pilih ni? Tak boleh, tak boleh! IU muka comel ! Aku kena cari muka sakit. Muka pucat Tapi, ada ke k-girls muka pucat? AHHHHHH *teriak* TT TT Jadi aku ambil keputusan biarkan watak Shin macam tu je. :) 


Aku tak nak letak Sandara sebenarnya jadi kakak Shin. Tapi, entahlah! Tertulis nama dia. Sepatutnya kakak Shin ni seorang wajah yang matured. Bukan macam Sandara. Kan muka Sandara comel?  Tapi,  ahhhh! Time aku buat FF tu tetiba aje teringat dekat Sandara Park. Ahhhhhhhhh*nangis*


Kai. Mujurlah muka dia nampak macam seorang yang .... err.... aku tak tahu macam mana nak ulas:) Aku nak letak Luhan tapi, tak sesuai lahh ! Muka Luhan comel sangat-sangat. Then aku search gmbar Kai. Yessssss, dah jumpa watak yang sesuai. Aku buat Kai ni dah suka lama giler dekat Shin. Tapi disebabkan penyakit Shin, dia lupakan impian dia nak hidup bersama Shin. Time aku nak buat tu, otak aku jammed. AHHHH, macam mana ni? Hoii otak asal bab cinta je kau mesti jammed. Asal, hah? *marah* 

Part yang aku suka bila Sandara call Kai sebab kondisi Shin parah sangat . Kai dengan pantas gi hospital namun tak sempat nak ucapkan 'Will You Marry Me?' . Masa tu, bila aku baca balik aku cakap; Wahhhhhhh! Romantiknyaaa Kai. Ughhh, Kai oppa:D
Bila aku baca balik, aku terkejut. Ehh, betul ke aku buat ni? Tak caya ahhhh . 

Doktor- Dia ni TOP. Aku buat watak dia sebagai seorang yang penyayang dan jugak bertanggungjawab. Dia ni sebenarnya spy Kai. Aku malas nak terangkan lebih lanjut sebab malas taip:) *gelak*




Fanfics kedua: Aku buat tentang kawan. Haha, no more love. Maaf yea. Aku tak boleh buat fan-fics cinta. Sebab aku bukannya minat bab cinta-cinta ni. Dalam TV, kalau main drama ke telefilem ke movie ke bab cinta sah aku tak akan tengok. Bukan aku geli, tapi entahlah. Bukan taste aku. Aku lebih suka tengok CSI: MIAMIHAWAII FIVE-O, ROOKIE BLUETHE MEN OF JUSTICEDETECTIVE IN TROUBLE dan banyak lagi.  Sebab tu aku minat cerita pasal murder ke, kematian ke, penyiasatan ke, tapi yang aku paling suka time POLIS dok menyiasat. HAHAHA. KDrama tentang chenta pun aku tak layan weii. Tapi, sebab aku gilakan KPOP jadi aku tengok lah. Tehee:D 


Haewon- Timbalan Ketua Pelajar Soo Nyang High School. Time aku buat fanfics ni, lama aku pilih  nama sekolah. Last sekali, aku buat Soo Nyang High School. Kadang-kadang, hati aku terdetik jugak, Soo Nyang tu bukan nama perempuan ke? Ahhh, sukahati lah.

Aku buat watak Haewon ni seorang budak yang lurus bendul, comel, digelar putera handsome. Tapi, bukanke Haewon ni comel? AHH, sukahati lahh.

Gyuri- Ketua Pelajar Soo Nyang High School. Aku nak buat watak dia ni seorang yang jahat, suka tidur, pemalas. Tapi, ada ke Ketua Pelajar macam tu? Aku lebih suka ada Ketua Pelajar yang pemalas tapi dalam diam dia boleh lakukan perkara itu dengan pantas. Perfek pulak tu. Maksud aku, kool lah. Gyuri jugak jadi kebencian para pelajar perempuan Soo Nyang High School sebab dia amat rapat dengan Haewon. Dia juga ketua Kelab Hantu. 


Sulhu- Pelajar baru yang berpindah ke sekolah orang bawahan, amat sombong almaklumlah anak orang kaya, macho tapi cerewet. Aku nak buat watak dia seorang yang perfect. Tak boleh kotor sedikit je, mesti membebel. Dia jugak jadi kegilaan para pelajar perempuan Soo Nyang High school


Jiyeon- Rakan karib Haewon, jugak lurus bendul, pandai mengatur strategi mengenakan orang. Sepakat dengan Haewon untuk mengenakan Gyuri. Malangnya, Gyuri tidak takut sedikit pun dekat Haewon dan Jiyeon kerana dia mempuanyai kuasa untuk memberhentikan sekolah seseorang. Hebat,kan?


Aku suka sekolah macam Soo Nyang High School. Ketua Pelajar diberi kuasa. Maksud aku, jawatan Ketua Pelajar macam Presiden sekolah lah. Ohh, satulagi, Ketua Pelajar tu sebenarnya cucu Presiden sekolah. Patutlah diberi kuasa sebegini rupa. Patutlah dia dibenci pelajar Soo Nyang High School .


Doakan Gaza! May Allah bless them. Fight for Gaza's freedom!





0 Comments:

Post a Comment